Pemodenan lawan tradisi Hudud

Para ilmuwan seperti Endress dan Esposito[34][35] berhujah bahawa "hukuman-hukuman sedemikian mungkin sesuai di zaman riwayat Nabi Muhammad (s.a.w.), tetapi sejajar dengan kemajuan dan pemodenan masyarakat, ianya tidak lagi sesuai." Lain-lain ilmuwan pula[36] menulis bahawa "di sini dan lain-lain tempat al-Qur'an hanya mengatakan bahawa liwat adalah dosa yang begitu terkutuk ... bahawa adalah tugas Daulah Islamiyah untuk menghapuskan jenayah ini dan ... menghukum mereka yang bersalah."

Juga dihujahkan bahawa bahagian hudud dalam syariah bercanggah dengan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. Namun demikian, pengenalan hukum hudud di pelbagai negara beragama Islam kian menjadi-jadi. Pakistan dan Brunei masing-masing menerima pakai hukum hudud pada tahun 1979 dan 2014.[37][38] Sebuah editorial Washington Times menyatakan Ordinan Hudud Pakistan sebagai "undang-undang yang digubalkan pada 1979 sebagai balasan terhadap desakan kelompok politik Islam tak bertolak ansur yang begitu terkutuk sekali menghukum mangsa rogol sambil menyukarkan penghukuman ke atas pesalahnya".[39]

Kelompok-kelompok gerakan liberalisme dalam Islam[40] dan Quranis menyeru agar kembali kepada niat asal al-Quran serta menasakhkan hukuman-hukuman yang termaktub dalam Hadis kerana menolak Hadis sebagai sumber hukum.[41][42] Hujah mereka, ayat-ayat al-Quran sahajalah punca penggubalan hukum Islam, malah hanya undang-undang yang dipetik daripada al-Quran sahaja adalah sah.[43]

Namun begitu, kebanyakan besar Muslim menganggap Hadis yang memerikan kata-kata, amalan dan teladan Nabi Muhammad ketika hayatnya sebagai sebagai undang-undang dan kuasa keagamaan.[41] Begitu juga, kebanyakan ilmuwan Islam menjunjung al-Quran dan Hadis yang sahih sebagai sumber Syariah yang sah berdasarkan Surah al-Azhab ayat 21, antara lainnya,[44][45] sebagai mewajarkan pandangan ini.[42]

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.

Bagi kebanyakan besar Muslim, Syariah sejak dahulu dan masih dipetik dari al-Quran dan Hadis Sahih. Hadis Sahih mengandungi isnad atau serangkai penjamin yang bersusur-galurkan sahabat Rasulullah yang memerhatikan secara langsung, sabda-sabda, amalan dan teladan yang ditetapkan oleh Baginda, dan oleh itu dijadikan asas teologi untuk menganggap Hadis sebagai asas kukuh bagi Syariah yang merangkumi jenayah dan hukuman hudud.[42]

Rujukan

WikiPedia: Hudud http://azizulhakim91.blogspot.com/2011/12/sembang-... http://www.oxfordislamicstudies.com/article/opr/t1... http://time.com/107012/brunei-sharia-hudud-sultan/ http://www.washtimes.com/op-ed/20061116-090021-396... http://www.academia.edu/1035742/The_Quranists http://igcs.binghamton.edu/igcs_site/dirton27.htm http://www.perseus.tufts.edu/hopper/text?doc=Perse... http://scholarlycommons.law.wlu.edu/wlulr/vol64/is... http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/16:106 http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/24:002